Saturday 9 July 2011

Intro...3 - pelbagai...

Proton Wira

mari ikuti paparan info

PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.
Pemegang saham terdiri daripada:
  • Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
  • Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
  • Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

Kilang PROTON terletak di:

Proton Wira, juga dikenali sebagai Proton Persona di sebilangan negara, ialah model kereta yang dikeluarkan oleh Proton Berhad, pengilang kereta negara Malaysia. Model ini yang diperkenalkan pada tahun 1993 berasaskan kereta Mitsubishi Lancer/Colt. Antara tahun 1996 dan 1998, model ini telah mencapai jualan sebanyak 220,000 unit, dan merupakan model yang amat popular di Malaysia.

No comments:

Post a Comment